Welcome to Haleezah's blog .. Da dtg tuu ,, pandai2 larh follow yek ! Thanks !

10 December 2012

AZAM 2013

AZAM 2013 !!

Assalamualaikum . jyeahhhh . Hari ni da 10 / 12 / 2012 . Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru . :) .Lama gila aku tak update blog ni . Dah berhabuk blog ni . Muahaha . Eh kawan-II , tak lama lagi dah nak tahun baru . Aku nak ada azam baru . Lagi pun aku nak SPM tahun depan . Whoooaaaa . Rasa macam baru semalam je ambil UPSR . Hakhak . Dah besar jugak aku sekarang . Alhamdulillah . Tahun ini banyak perkara yang buat aku gembira . Pertama aku jadi Ketua Tingkatan untuk Kelas 4 Hamka . Kedua aku dapat jadi Pengawas tahun depan . Ketiga aku ada pergi Kursus Kepimpinan Ketua Pengawas Peringkat Negeri dekat SMA Maahad , Muar . Oke , aku nak story sikit pasal kem tu . Sumpah , best gila pergi kem tu . Walaweyh , dekat sana aku dapat ramai kawan baru dari semua daerah . Untung aku kan :) . Aktiviti dekat sana best gila dan paling yang aku akan ingat waktu aku kena makan telur . Pertama kali aku makan telur mentah . Aku makan pun sebab kumpulan aku kena denda . Barang amanah kitaorang hilang . Huerm. Aktiviti tu mengajar aku untuk jadi seorang yang tidak cuai .  Malam pertama dekat kem tu ada budak hilang . Walaweyhhh , sumpah cuak gila sampai aku nangis . Huahuahua . Aku jadi cengeng masa tu . Tapi , apa-II pun aku berasa syukur sangat terpilih untuk pergi kem tu . Mula-II nak pergi tu , perghhh punye lah takut gila . Yelah , sebab takut takada kawan . Untuk kawan-II kem Ketua Pengawas tu , aku sayang korang semua dan . Ngeee . Ok berhenti cerita pasal kem . Cerita pasal azam aku pulak , Setiap orang mesti ada azam kan dan setiap orang mesti nak yang terbaik dalam hidup dia . begitu jugak aku . Azam aku tahun depan untuk dapat 9A dalam SPM . Aku nak sangat mak aku menangis dengan kejayaan aku . Aku taknak mak aku nangis tengok perangai buruk aku . Aku berharap sangat dapat capai apa yang aku nak . Amin :) . Aku jugak berharap aku dapat ubah perangai aku yang suka main jek . Hope aku dapat ubah semuanya jadi yang baik . Ok lah kawan-II , kalau aku ada cerita lagi , aku update lah blog ni :) . Thanks untuk yang sudi membaca nya . Assalamualaikum semua :)


*mula-II pakai nametag murid biasa , Tahun ni naik taraf sikit jadi Ketua Tingkatan dan tahun depan menjadi Pengawas :) *


*Untuk semua calon SPM 2013 *
*Saja wish awal*


Thanks for reading !

20 January 2012

Tuan Nuraliya Anis Bte Tuan Noredzlan..

assalamualaikum..
korang nak tahu kenapa title untuk post aku ni nama Tuan Nuraliya Anis Bte Tuan Noredzlan?
sebab kawan aku ni nak pindah..
dia nak pindah mana?
dia nak pindah SBP lah dekat muar..
dia dapat 8A masa PMR tahun lepas..
dia tak nak pergi tapi parents dia terpaksa pergi..
serius sedih gila bila kau mesej cakap kau dapat SBP..
sedih sebab nanti aku tak dapat nak buli n dengki kau lagi..
tak apa lah..
nak buat macam mana,.
aku nak cakap dekat kau yang aku sayang kau kawan..
nanti kalau kau dah belajar kat sana jangan lupa kawan-II dekat SMK Dato Bentara Dalam uw tau..
kita dah lama kawan daripada form 1 sampai form 4,.
aku harap hubungan kawan ni akan kekal sampai bila-II oke..
kat sana nanti kau belajar rajin-II tau..
jangan nak ingat H jek..=)
lastly aku nak minta maaf kalau sepanjang kite kenal n berkawan aku ada salah dengan kau....
4 kawan-II aku yang lain..
korang nak tahu tak ,Tuan sayang kita...
ni buktinya..

*sorry aku snap senget*
*tuan and aku*

4 tuan - kau belajar rajin2..
       - aku sayang kau gila-II
       - jangan lupakan kitaorang..
         

Thanks for reading !

01 January 2012

2-JANUARI-2012

assalamualaikum..
korang nak tahu apa terjadi tarikh itu?
aku nak pergi perlis lah..
buat apa pergi perlis?
aku nak hantar abang aku lah..
dia dapat belajar dekat sana..
wau..
nanti aku mesti sedih kan..
bukan setakat sedih..
mesti aku menangis punya..
ye lah..
mana tak nya..
dia je sorang abang yang aku ada..
walaupun kadang-II aku selalu gaduh dengan dia..
ala,adat lah tu kan..
korang pun selalu gaduh adik-beradik..
nanti lepas abang aku belajar dekat sana..
aku and keluarga mesti rindu dia kan..
tak apa lah..
nak tak nak aku kena terima..
dia pergi sana bukan untuk suka-II ..
tapi untuk belajar jugak..
demi masa depan dia..
aku sekeluarga hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia..
aku harap abang aku dapat capai cita-II dia..
amin..
sampai sini jek cerita aku..
doakan aku and family sampai ke Perlis ..
amin..amin..amin..



Thanks for reading !